
Bahasa Melayu 11
Bahagian dan ciri
Penutupan keselamatan
Jika zon memasak tidak dimatikan atau seting haba tidak diselaraskan selepas tempoh masa
yang panjang, zon memasak tersebut akan dimatikan sendiri secara automatik. Sebarang
kehangatan baki akan ditunjukkan dengan (untuk “panas”) pada paparan digital mengikut
zon memasak tersebut.
Zon memasak dimatikan dengan sendirinya pada masa berikut.
Tetapan memasak
1-2 Selepas 6 jam
3-4 Selepas 5 jam
5-6 Selepas 3 jam
7-9 Selepas 1 jam
NOTA
• Jika Hob terlampau panas kerana operasi tidak normal, akan dipaparkan.
Kemudian Hob akan dimatikan.
• Jika satu atau lebih zon memasak dimatikan sebelum masa yang dinyatakan telah berlalu,
lihat bahagian "Soalan Lazim dan penyelesaian masalah".
Sebab-sebab lain mengapa zon memasak akan dimatikan dengan sendiri
Semua zon memasak akan serta-merta mati dengan sendirinya jika cecair melimpah dan
terkena pada panel kawalan. Penutupan automatik juga akan diaktifkan jika anda meletakkan
kain lembap pada panel kawalan. Dalam kedua-dua keadaan ini, alat perlu dihidupkan semula
menggunakan sensor kawalan utama selepas cecair atau kain dialihkan .
Ciri-ciri utama alat anda
• Permukaan memasak kaca seramik: Alat mempunyai permukaan memasak kaca seramik
dan empat zon memasak gerak balas pantas. Elemen pemanas sinaran hob yang berkuasa
memendekkan dengan ketara jumlah masa yang diperlukan zon untuk pemanasan.
• Sensor kawalan sentuh: Alat anda dikendalikan menggunakan sensor kawalan sentuh.
• Pembersihan mudah: Kelebihan permukaan memasak kaca seramik dan sensor kawalan
adalah kemudahannya untuk pembersihan. Permukaan yang rata dan licin, mudah untuk
dibersihkan.
• Sensor Hidup/Mati: Sensor kawalan Hidup/Mati menyediakan alat dengan suis utama
yang berasingan. Menyentuh sensor ini membuka atau menutup suis bekalan kuasa
sepenuhnya.
• Penunjuk kawalan dan fungsi: Paparan digital dan lampu penunjuk memberikan maklumat
mengenai seting dan fungsi yang diaktifkan, serta kehadiran haba baki dalam pelbagai zon
memasak.
• Penutupan keselamatan: Penutupan keselamatan memastikan semua zon memasak
dimatikan secara automatik selepas suatu tempoh masa jika tetapan tidak ditukar.
• Penunjuk haba baki: Satu ikon untuk haba baki muncul di paparan jika zon memasak terlalu
panas sehingga terdapat risiko terbakar.
Paparan digital: Empat medan paparan diperuntukkan untuk empat zon memasak.
Ia menunjukkan maklumat berikut:
•
alat sudah dihidupkan,
• hingga tetapan haba yang dipilih,
• haba baki,
• kunci kanak-kanak diaktifkan; dan
• mesej ralat, sensor telah disentuh lebih dari 10 saat.
• mesej ralat, apabila Hob terlampau panas kerana operasi yang tidak normal.
C61R2AEE_XSM_DG68-00878A-01_MS+ZH+EN.indb 11 2017-06-08 5:39:39
Comentários a estes Manuais